Mencari Surat Perjanjian Sewa Rumah 2024? Artikel ini akan dedahkan kepada anda tentang Tenancy Agreement untuk kegunaan rumah sewa anda.
70% kerugian Tuan Rumah datangnya dari kegagalan menguruskan rumah sewa dengan betul.
TERKINI: Contoh surat perjanjian sewa rumah yang ringkas dan lengkap (simple tenancy agreement in Malaysia) dengan versi terbaru untuk Tahun 2024! Lebih padat dan lengkap untuk melindungi hak anda sebagai tuan rumah dan elak penyewa yang bermasalah!
Nak tahu apakah kriteria atau syarat penting dalam sesebuah Surat Perjanjian Sewa Rumah? Di dalam artikel ini, kita akan lihat contoh sebuah perjanjian rumah sewa yang lengkap, ringkas dan mudah difahami untuk kegunaan seorang tuan rumah di Malaysia.
Perjanjian sewa rumah adalah sebuah kontrak antara Tuan Rumah dengan Penyewa yang ditetapkan dalam tempoh perjanjian dan kadar sewa bulanan yang tertentu dalam menguruskan sesebuah rumah sewa. Kontrak perjanjian ini digunakan untuk melindungi hak tuan rumah dan penyewa supaya penyewaan tersebut sah di sisi undang-undang di Malaysia, dengan syarat ia disahkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sendiri.
Malangnya…
Kebanyakan tuan rumah di Malaysia GAGAL nak tuntut kembali hak mereka sama disebabkan ketiadaan sebarang perjanjian sewa rumah antara mereka. Tidak kira ada dari segi duit sewa atau kerosakan-kerosakan yang berlaku dalam rumah sewa, tanpa sebarang perjanjian atau kontrak sewa rumah, agak sukar (atau hampir mustahil) untuk anda tuntut semula ganti rugi tersebut!
PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.
Di dalam artikel ini, kita akan lihat lebih mendalam tentang apa yang perlu anda tahu tentang sesebuah contoh perjanjian sewa rumah.
Sebelum itu, ada perkara anda perlu tahu:
Sebarang kontrak tidak digalakkan untuk terus di ‘copy paste’ dan jadikan sebahagian daripada kontrak sewa rumah anda. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda mengambil keputusan untuk gunakan mana-mana template perjanjian yang wujud di luar sana.
Sekiranya anda sedang mencari template atau contoh perjanjian sewa kediaman di Internet dan menjumpai contoh-contoh kontrak yang digunapakai di luar negara, maka anda harus tunggu dahulu!
Anda mesti tahu:
Kontrak sewa rumah di luar negara adalah tidak sama dan tidak digalakkan untuk dipakai di Malaysia kerana persekitaran dan undang-undang di Malaysia adalah berbeza dengan di luar sana.
Di Malaysia terdapat beberapa undang-undang yang terkait dengan sesebuah kontrak sewa rumah iaitu:
Sebelum kita berbincang lebih mendalam tentang surat sewa rumah ni.
Haa, bagi anda yang baru sahaja ingin mengorak langkah ke dalam industri pelaburan hartanah, anda harus tahu bahawa setiap sewaan WAJIB ada surat sewa rumah.
Anda tak pasti sama ada anda perlukan contoh agreement sewa rumah ataupun tidak?
Dalam bahasa orang putih disebut sebagai “Tenancy Agreement“.
Kalau ikut definisi yang diberikan oleh sebuah badan kerajaan di New Zealand, Tenancy:
“A tenancy agreement is a contract between a landlord and a tenant. It records all the key things that a landlord and a tenant have agreed to about the tenancy.”
Yang membawa maksud, perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara pemilik rumah dan penyewa.
Ia merekodkan segala syarat-syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan.
“Oh apa gunanya tenancy agreement rumah sewa ni?”
Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk melindungi hak tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa daripada sebarang isu berbangkit (dispute) antara kedua-dua belah pihak. Ia bertindak sebagai panduan yang wajib dipatuhi oleh pihak yang terlibat.
Kandungan surat surat sewa rumah adalah berbeza mengikut sesebuah rumah sewa dengan rumah sewa yang lain. Namun begitu, syarat-syarat utama dalam sesebuah perjanjian sewa rumah adalah kebanyakannya serupa dan mencapai objektif yang sama.
Memiliki sebuah perjanjian sewa rumah adalah sangat penting, sehinggakan taiko-taiko dalam pelaburan hartanah menyifatkan surat agreement sewa rumah ini adalah suatu yang WAJIB bagi setiap pengurusan rumah sewa.
Anda perlu tahu:
Sekiranya anda tidak mempunyai surat sewa rumah secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.
Cuba anda bayangkan:
Penyewa hubungi anda melalui WhatsApp untuk menyewa rumah anda. Tidak cukup dengan WhatsApp, beliau call anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang rumah tersebut sambil berbincang terma dan syarat sewaan rumah tersebut.
Selepas anda berdua berborak dan berbincang panjang lebar, penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dan mengambil kunci rumah daripada anda.
Anda mungkin hanya meminta maklumat peribadinya sahaja sebagai rujukan anda di masa hadapan. Selang beberapa bulan, tiba-tiba penyewa anda buat hal:
Tak bayar sewa pada bulannya. Bil tertunggak sampai ribuan ringgit. Perabot semua rosak. Rumah bersepah. – Tiba-tiba PENYEWA HILANG.
Siapa nak tanggung segala kerosakan dan bayar segala tunggakan ni, Kalau bukan anda?!
Pada masa ini, anda cuba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau.
Malangnya, mahkamah menolak tindakan anda kerana anda tidak mempunyai surat sewa rumah yang telah dipersetujui bersama.
Ini bermakna, tindakan penyewa tersebut merosakkan harta benda rumah sewa anda dan tidak bayar sewa adalah seolah-olah tidak menyalahi mana-mana bahagian dalam undang-undang!
Moral cerita ini:
Pentingnya anda sebagai tuan rumah untuk mempunyai surat perjanjian rumah sewa yang dipersetujui oleh bakal penyewa anda. Ini memberikan perlindungan yang maksima terhadap kebajikan anda dan juga rumah sewa anda.
Kejayaan tuan rumah dalam menguruskan penyewaan rumah adalah apabila beliau jelas dan faham apa yang perlu dibuat sepanjang tempoh sewaan, bermula dari sebelum, semasa dan selepas tempoh perjanjian sewa.
Ini bagi memastikan perjanjian sewa rumah yang dibuat boleh dilaksanakan dengan baik dan lancar.
Pelajari apa perlu anda buat sebagai seorang tuan rumah walaupun anda newbie >>> 5 Cara Sewakan Rumah Tanpa Berasa TAKUT Dengan Penyewa
Namun begitu, mempunyai surat perjanjian rumah sewa sahaja tidak cukup meyakinkan pihak mahkamah sekiranya kandungannya tidak disusun dengan atur dan tepat.
Di Sewanify, kami sediakan sebuah contoh surat Perjanjian Sewa Rumah yang 100% lengkap dan sah untuk digunakan di mahkamah. Memastikan segala tuntutan dan hak anda terbela dan penyewa dari ‘neraka’ dapat dikawal sepenuhnya oleh anda, walaupun anda masih newbie!
PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.
Jom kita lihat apa yang perlu anda tahu tentang sesebuah perjanjian sewa rumah.
Di dalam artikel ini, kita akan dedahkan apakah kandungan sebuah contoh surat perjanjian sewa rumah dan bagaimana ia boleh bantu anda dalam menguruskan rumah sewa anda secara efektif dan efisien.
Kita akan juga perbincangkan apakah makna di sebalik isi kandungan perjanjian sewa rumah dan bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripadanya.
Secara amnya, sebuah dokumen perjanjian sewa rumah memiliki beberapa bahagian penting supaya ianya mematuhi Akta Kontrak dan juga perjanjian sewa itu sah di sisi undang-undang.
Bagi anda yang tidak tahu, perkara yang wajib ada dalam sesebuah perjanjian (tidak kira apa-apa perjanjian sekali pun) adalah:
Ke semua perkara di atas telah dinyatakan di dalam Akta Kontrak. Sekiranya sesebuah perjanjian itu tidak mematuhi mana-mana bahagian di atas, maka secara automatiknya perjanjian itu tidak sah untuk digunakan.
Manakala untuk sebuah agreement sewa rumah pula, ia memiliki spesifikasi yang lebih khusus supaya hak Tuan Rumah dan Penyewa kekal terlindung, di samping memudahkan kedua-dua belah pihak menjadikan dokumen perjanjian ini sebagai sebuah rujukan dan panduan sepanjang tempoh perjanjian sewa.
Di bahagian ini, kita akan lihat lebih mendalam contoh perjanjian sewa rumah yang betul dan lengkap.
Sesebuah perjanjian sewa rumah perlu mempunyai struktur yang professional dan teratur supaya mudah untuk anda sebagai Tuan Rumah dan juga Penyewa nanti untuk rujuk.
Daripada muka hadapan sehinggalah bahagian untuk tandatangan, dokumen perjanjian sewa ini harus mempunyai struktur dan sistem yang teratur.
Sebagai contoh, muka hadapan perjanjian adalah ruangan bagi anda sebagai tuan rumah dan penyewa untuk secara ringkasnya menulis alamat rumah sewa, nama tuan rumah (anda), nama penyewa dan tarikh tenancy agreement tersebut dibuat.
Maklumat-maklumat tersebut adalah penting sebagai rujukan awal untuk seluruh surat perjanjian tersebut.
Ia menjadi lebih penting apabila:
Rumah sewa tersebut mempunyai lebih daripada seorang penyewa, yang di mana, muka hadapan menjadi rujukan terpantas untuk membezakan penyewa-penyewa rumah tersebut.
Rekaan simple dan professional pada surat perjanjian sewa yang digunakan juga adalah penting untuk memberi gambaran anda seorang tuan rumah yang mengambil serious terhadap kebajikan penyewa, sekali gus membina kepercayaan penyewa terhadap anda.
Anda sebagai seorang tuan rumah harus mempunyai semua maklumat bakal penyewa, terutamanya maklumat perhubungan mereka.
Maklumat penyewa merupakan salah satu maklumat yang kritikal dalam sesebuah kontrak sewa rumah bagi memastikan anda mempunyai rekod latar belakang penyewa anda.
Ianya boleh digunakan sebagai perlindungan anda sebagai tuan rumah, sekiranya berlaku apa-apa kejadian, anda mempunyai rekod maklumat perhubungan untuk anda hubungi.
Penyewa yang didaftarkan di bahagian ini sahaja yang sah dan terikat dengan perjanjian yang telah dibuat.
Bermakna, mana-mana individu yang menetap di dalam rumah sewa anda dan tidak didaftarkan di bawah bahagian ini tidak dibenarkan untuk tinggal bersama, melainkan atas budi bicara anda untuk mereka menetap di situ.
Namun, bagi penyewa yang mempunyai pasangan atau ahli keluarga yang lain, kepilkan sekali maklumat pasangan atau penyewa bersama bersama perjanjian sebagai rujukan sahaja. Penyewa utama tetap akan bertanggungjawab atas segala yang berlaku terhadap rumah sewa tersebut.
Sekiranya, penyewa lain itu adalah rakan-rakan mereka sendiri, maka digalakkan untuk mempunyai perjanjian yang berbeza bagi memudahkan pengurusan dan penguatkuasaan kontrak sewa rumah tersebut.
Walaubagaimanapun:
Anda sebagai penyimpan maklumat peribadi penyewa harus mempunyai persetujuan daripada penyewa untuk menyimpan dengan keadaan baik dan tidak bocori segala maklumat yang terkandung dalam surat perjanjian sewa rumah tersebut.
Deklarasi untuk menyimpan dengan selamat harus ditulis di dalam surat perjanjian tersebut dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Di dalam perjanjian sewa rumah Sewanify, kami sertakan bahagian deklarasi ini di setiap muka surat bagi memastikan setiap maklumat di dalam perjanjian sewa rumah itu adalah benar dan tepat.
Nak tahu lebih mendalam tentang bagaimana ingin pastikan maklumat penyewa anda 100% betul?
Maklumat sewaan adalah elemen yang paling penting dalam sebuah surat perjanjian sewa rumah.
Ia menyatakan maklumat-maklumat penting dalam sesebuah penyewaan rumah dan akan dijadikan sumber rujukan utama sekiranya ingin dibawa ke mahkamah untuk sebarang tuntutan sekiranya berlaku sebarang pelanggaran perjanjian.
Sebagai seorang pelabur hartanah, jadual bayar sewa adalah bahagian yang anda WAJIB jelaskan kepada Penyewa dalam sesebuah perjanjian sewa rumah.
Bahagian ini menyatakan secara terperinci tentang perincian sewaan dan maklumat pembayaran yang perlu dilaksanakan oleh penyewa.
Ia merangkumi tempoh sewaan, tarikh mula dan tamat sewaan, kadar sewaan, tarikh pembayaran sewaan, deposit/cagaran dan penyataan kegunaan sewaan.
Maklumat Penyewa, Tuan Rumah dan Rumah Sewa adalah maklumat-maklumat peribadi yang dikira penting untuk rujukan kedua-dua belah pihak di masa hadapan.
Tempoh sewaan adalah tempoh di mana penyewa tersebut menyewa rumah sewa anda. Berapa lama ingin anda isi di dalam bahagian ini adalah bergantung kepada strategi pelaburan hartanah anda. Sama ada ingin membuat kontrak 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun atau lebih. Nasihat kami adalah anda kekalkan tempoh penyewaan rumah kepada 1 tahun sahaja supaya lebih fleksibel untuk anda ubah kadar sewa bulanan atau sebarang terma & syarat dalam perjanjian anda untuk tahun-tahun yang berikutnya.
Tarikh mula dan tamat sewaan pula adalah tarikh untuk penyewa anda boleh masuk dan keluar daripada rumah sewa tersebut. Sebagai tuan rumah, penting untuk anda mempunyai tarikh kontrak yang sesuai bagi memberi anda ruang dan peluang untuk memperbaiki dan memperkemas rumah sewa tersebut sebelum penyewa seterusnya masuk.
Kadar sewaan adalah jumlah sewa yang perlu penyewa bayar kepada anda setiap bulan.
Tarikh pembayaran sewaan adalah poin yang penting bagi melindungi hak anda sebagai pelabur hartanah, iaitu untuk memperoleh duit sewaan tepat pada masanya. Tarikh ini akan digunakan sebagai bukti persetujuan penyewa untuk membayar pada tarikh yang telah ditetapkan. Sebarang kelewatan akan menimbulkan pelanggaran Perjanjian oleh penyewa dan anda sebagai tuan rumah mempunyai alasan yang kukuh untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.
Sekiranya anda menetapkan 1 haribulan setiap bulan sebagai tarikh pembayaran sewaan, maka penyewa diwajibkan untuk bayar kadar sewaan yang penuh pada 1 haribulan setiap bulan.
Di dalam contoh agreement sewa rumah Sewanify, telah dinyatakan pada klausa syarat-syarat perjanjian berkenaan kegagalan untuk bayar sewa tepat pada masanya. Ini memastikan penyewa kekal berdisiplin melaksanakan tanggungjawab mereka untuk bayar sewa.
Di ruangan Deposit/Cagaran pula, anda sebagai tuan rumah harus menetapkan berapa wang deposit/cagaran yang anda perlukan.
Kebiasaannya, untuk langkah keselamatan..
..anda boleh minta:
Bergantung pada budi bicara anda dan penyewa anda.
Baca di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang sistem Deposit/Cagaran yang anda boleh gunakan >>> Deposit Sewa Rumah? Maksud 1+1, 2+1 atau 2+1+1? WAJIB Tahu!
Kegunaan Sewaan pula adalah tujuan penyewaan rumah itu dibuat, sekiranya anda hanya membenarkan penyewa anda menggunakan rumah sewa tersebut sebagai kediaman sahaja, anda tuliskan “Hanya untuk kediaman sahaja”.
Sekiranya anda membenarkan untuk penyewa anda membuat urus niaga dalam rumah sewa tersebut, anda harus tulis “Untuk urusan niaga dan kediaman”.
PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.
Sekiranya anda ingin menyewakan rumah sewa anda yang penuh dilengkapi perabot (fully furnished), kami sarankan anda untuk membuat rekod secara bertulis pada setiap perabot dan perkakasan yang ada pada rumah sewa tersebut.
Salah satu perkara yang kurang disenangi oleh pemilik rumah adalah apabila melihat keadaan rumah sewanya dalam keadaan tunggang-langgang dan bersepah selepas penyewa-penyewa beliau tamat tempoh sewaan mereka.
Apa yang sering dilihat adalah kerosakan yang berlaku pada perabot dan perkakas rumah sewa tersebut.
Yang sedihnya, penyewa tidak mengaku bahawa kerosakan-kerosakan tersebut datang daripada mereka.
Lebih malang lagi…
…dalam masa yang sama, anda juga tidak boleh buktikan bahawa mereka yang salah kerana mungkin sahaja kerosakan tersebut sudah wujud sebelum mereka masuk lagi.
Haa, nampak tak di mana masalahnya di situ?
Anda tidak tahu dari mana datangnya kerosakan itu sama ada disebabkan anda atau penyewa anda.
Solusi yang terbaik untuk isu ini adalah dengan mempunyai senarai inventori pada awal sewaan bagi merekod setiap barangan yang ada pada rumah sewa tersebut sebelum penyewa-penyewa baru masuk lagi.
Ini penting:
Rekod secara bertulis ini boleh dibuat dengan menggunakan senarai yang simple sahaja. Cukup setakat anda merekod setiap barangan di dalam rumah sewa tersebut dengan menulis kuantiti dan keadaan barangan-barangan tersebut.
Option lain:
Anda boleh laksanakan spot-check sebelum tandatangan surat perjanjian rumah sewa dengan menyemak dan merekod segala barangan dalam rumah sewa tersebut bersama bakal-bakal penyewa.
Sekiranya berlaku apa-apa musibah pada barangan tersebut, anda rujuk semula senarai inventori ini untuk menentukan punca kerosakan itu berlaku. Selamatkan diri anda sebelum penyewa anda.
Di dalam contoh agreement sewa rumah Sewanify, kami sertakan ruangan untuk anda isi senarai harta benda rumah sewa anda berserta keadaan harta benda tersebut. Cara untuk guna senarai inventori ini adalah dengan melakukan pemeriksaan secara menyeluruh bersama penyewa, dan tandakan keadaan harta benda tersebut di hadapan mereka. Kemudian, minta mereka tandatangan muka surat ini tanda persetujuan tentang keadaan harta benda tersebut. Ini bagi memastikan penyewa tahu apakah keadaan asal setiap harta benda dalam rumah sewa anda dan memastikan mereka pulangkan harta benda tersebut dalam keadaan baik dan sama seperti sebelumnya.
PERCUMA 10 Set Bonus — Meningkatkan keberkesanan perjanjian sewa rumah dan mudahkan anda urus penyewa bermasalah.
Di dalam kontrak sewa rumah, tidak sah sekiranya tiada syarat-syarat perjanjian yang akan dipersetujui oleh tuan rumah dan penyewa.
Ini adalah disebabkan, syarat-syarat perjanjian adalah elemen yang mampu mengawal tindak-tanduk penyewa anda daripada naik lemak terhadap anda!
Syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak sewa rumah adalah berbeza mengikut keadaan rumah dan strategi pemilik rumah.
Anda patut tahu:
Sekiranya syarat perjanjian terlampau longgar, maka sangat mudah untuk Penyewa mengambil kesempatan. Sekiranya terlampau ketat pula, ia akan menyukarkan penyewa untuk mematuhi setiap syarat tersebut.
Kesimpulannya:
Anda boleh seimbangkan perincian perjanjian dengan berbincang dengan mereka. Minta pendapat daripada mereka tentang kewajaran sesebuah syarat-syarat perjanjian, adakah mereka mampu untuk menanggung segala yang tercatit dalam perjanjian tersebut.
Tapi anda harus ingat..
..untuk menjadi pelabur hartanah yang luar biasa, yang mampu membina positive cashflow dan penyewa yang boleh bayar sewa rumah tepat pada masanya, anda harus bersifat tegas pada syarat-syarat perjanjian anda. Ini adalah demi menjaga kepentingan anda dalam pelaburan hartanah ini.
Apa yang penting adalah untuk anda pastikan anda sebagai tuan rumah faham dengan perjanjian yang bakal digunakan. Kemudian, terangkan kepada penyewa tentang setiap perkara dalam perjanjian tersebut. Dengan cara ini, walaupun perjanjian anda sangat ketat, tetapi sekiranya penyewa faham betul-betul, tiada masalah untuk mereka jalankan perjanjian tersebut.
Penyewaan rumah bukan hanya melibatkan proses penyerahan hak guna rumah tersebut kepada penyewa, tetapi juga melibatkan tanggungjawab kedua-dua pihak, iaitu penyewa dan tuan rumah.
Pentingnya untuk perjanjian sewa rumah tersebut menyenaraikan tanggungjawab tuan rumah secara terperinci supaya perjanjian tersebut tidak kelihatan seperti berat sebelah dan untuk mengelak ditolak oleh pihak mahkamah nanti. Berikut adalah antara tanggungjawab-tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan rumah.
Di sisi lain, penyewa juga mempunyai tanggungjawab mereka sendiri yang harus dipenuhi untuk memastikan bahawa mereka menjaga rumah sewa dan menghormati hak tuan rumah. Berikut adalah antara tanggungjawab penyewa yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh sewaan:
Memastikan kedua-dua pihak faham dan tahu apakah tanggungjawab masing-masing sangat penting bagi mengekalkan hubungan sewaan tersebut dalam keadaan yang baik dan harmoni. Seterusnya, memastikan sewaan rumah tersebut berjalan dengan lancar sepanjang tempoh sewaan.
Di dalam perjanjian sewa rumah Sewanify, kami senaraikan pelbagai peraturan dari pembayaran sewa sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti adab berjiran. Pentingnya untuk mempunyai peraturan yang lengkap dan mudah untuk difahami adalah supaya penyewa tahu apakah tanggungjawab mereka dan sentiasa menjaga tingkah laku mereka supaya tidak melanggar mana-mana perjanjian yang telah dibuat.